Airtripp Funding ialah tempat bertemu pengguna yang ingin mengumpul dana untuk membantu orang lain, dirinya sendiri ataupun komuniti mereka sendiri.
Pemilik projek boleh membuat projek untuk orang lain ataupun diri mereka sendiri, dan disokong oleh saudara-mara, teman-teman ataupun dari orang asing.
Semua projek ada sasaran dan had masa yang tersendiri.
Sesuatu projek boleh mengumpul sokongan selagi ia masih dalam had masanya. Projek akan tamat setelah had masa telah lupus.
Jumlah yang terkumpul melalui projek-projek akan diberikan sepenuhnya kepada pemilik projek tersebut, walaupun jumlah sasaran tidak dapat dikumpul.
Apabila projek telah disokong oleh 3 atau lebih orang, projek itu akan dipaparkan di laman Global Crowdfunding.
Global Crowdfunding ialah versi Airtripp Funding dimana projek dipaparkan kepada orang-orang serata dunia yang merangkumi lebih dari 200 negara dan mampu memberi sokongan kepada sesuatu projek.
Jika projek anda layak untuk dipaparkan di Global Crowdfunding, kemungkinan projek anda untuk berjaya akan menjadi lebih tinggi. Oleh itu, mengumpul sekurang-kurangya 3 penyokong adalah sangat penting untuk sesuatu projek.